Nikah dan Perkahwinan
[29.06.2007]
KAHWIN
1. Apa itu perkahwinan?
a) Akad yang menggunakan lafaz nikah, yang menghalalkan antara lelaki dengan
wanita.
b) Secara bahasa, ertinya adalah kehimpunan dan kebersamaan antara dua insan.
2. Mengapa kahwin?
a) Disunnahkan oleh Nabi
b) Dapat berpengalaman dalam berumah tangga
c) Memperkembangkan agama Islam, terutama untuk mereka yang bangsa berlainan.
(mertua dan keluarganya dapat mengetahui lebih tentang islam)
d) Manusia memerlukan teman dan pasangan
3. Hukum Perkahwinan
a) Digalakkan
b) Sunnah
c) Bergantung pada keadaan:
-Harus kalau tiada halangan untuk berkahwin
-Tidak ada tuntutan mendesak
-Memenuhi kriteria. Contoh: memberi nafkah
-Tidak harus mengikut wasiat.
4. Kahwin hukumnya wajib bagi yang:
a) Berkemampuan
b) Tidak dapat menghalangi hawa nafsu- untuk mengelakkan dari membuat maksiat.
5. Bila kahwin itu makhruh?
a) Ingin berkahwin, tetapi tidak mampu memberi nafkah kepada isteri.
b) Kaum wanita akan mengambil kesempatan
6. Bila kahwin itu haram?
a) Tidak berkemampuan lansung
b) Yang akan mendatangkan kemudaratan pada pasangannya :
contoh- menghidapi penyakit AIDS
c) Kahwin kontract.
NIKAH
Tiga perkara yang wajib:
a) Mahar (Mas Kahwin)
b) Dua wali
c) Kadi
- Mas kahwin itu tidak seharusnya wang
- Hantaran itu hanyalah sebuah hadiah
- Mas nikah tidak boleh digunakan oleh pihak lelaki
- Mengikut hadith, tiada persandingan
• Majlis perkahwinan adalah salah satunya tempay yang disukai syaitan.
• Kaum Hawa usahlah mempercantikkan diri sehingga menarik perhatian para tetamu yang hadir. Contoh: “make-up yang tebal”. Kecantikan itu seharusnya ditunjukkan kepada si suami sahaja.
TUNANG
Mengapa bertunang?
1. Untuk mengumpulkan wang yang secukupnya
2. Supaya lebih bersedia untuk berumah tangga
3. Untuk berkenalan bersama pasangannya
• Tunang hanya merupakan sebuah adat
• Tidak dibenarkan berdua-duaan walaupun sudah betunang. Ini kerana kedua lelaki dan wanita belum bernikah, bermakna, mereka bukan muhrim.
• Darjat tuning lebih tinggi dari hanya sekadar’bermatair’. Ini kerana pertunangan adalah lebih formal dan dengan pengetahuan orang tua dan keluarga.
MATAIR
- Di dalam Quran dan hadith, tidak ada perkara tentang bermatair.
- Bersentuhan fizikal antara lelaki dan wanita yang belum bernikah adalah haram. Asalkan memegang yang bukan muhrim merupakan perbuatan maksiat.
SOALAN-SOALAN YANG PERLUKAN KETERANGAN LANJUTAN
1. Apa itu kahwin contract dan apakah hukumnya ?
2. Apa itu kahwin Missha dan apakah hukumnya ?
3. Jika seorang suami sedang marah lalu menjatuhkan talak 3 kepada isterinya dengan tidak sengaja, adakah ia dikira ?
4. Nilai mas kahwin itu seharusnya disetujui oleh pasangan atau keluarga ?
5. Adakah mengambil gambar bersama, contohnya, di studio, sebelum bernikah haram?
6. Ada berberapa wanita yang menutup auratnya (memakai hijab) ketika bernikah, tetapi tidak pada hari persandingannya. Mengapa? Apa ini dibolehkan?
7. Islam menyuruh umatnya menyambut hari perkahwinan dengan mudah dan serba sederhana. Tetapi, bagaimana pula jika sebuah keluarga itu ingin menyambut perkahwinan anaknya dengan bermegah-megah kerana beliau merupakan anak tunggal?
8. Di Malaysia, jika sepasang lelaki dan wanita ditangkap haluat, imam dan uztaz akan menyuruh mereka bernikah. Adakah mereka mesti bernikah atau tiada paksaan?
9. Biasanya, sewaktu bernikah, lafaznya adalah “aku nikahkan…dengan mas kahwin..” Bagaimana pula jika dijawab dengan cara yang berbeza.
Contoh: “Adakah kau terima …. Dengan mas kahwin…..”
Adakah ini dibenarkan dan disahkan?
10. Apabila anak kepada sebuah pasangan yang sudah bercerai mahu bernikah,
walinya adalah bapa tirinya atau bapa sebenarnya?
1 Comments
apakah jwpn pada soalan dibwh,soalan yg last skali tu?berharap sgt ada jawapan
Post a Comment
<< Home